elaun

Tuesday, December 3, 2019

apabila teringat tentang dikau

Image result for al fatihah




macam tajuk harini, teringat...so perkara pertama yang aku akan buat bila terkenangkan arwah, aku akan tengok semua gambar-gambar dan video yang ada dia.

perginya macam mimpi. tak boleh nak ungkap dengan kata-kata. piqah kata aku tak boleh move on lagi, sebab aku masih dibayangi arwah.

so lepas aku resign, jiwa aku sedikit sembuh (bukan aku lupakan dia).

alhamdullilah company baru ni menerima aku dengan keadaan yang aku pun tak sangka. insyAllah ada rezeki aku akan dapat position yang aku nak. cuma keadaan takkan sama macam dulu. di sini aku orang baru walaupun pengalaman aku mungkin melebihi yang lebih lama di sini. so different place different culture kan.

ehh panjang pulak cerita pasal tempat baru. ok2 kita masuk balik cerita pasal arwah.

nama arwah adalah ahmad safari amir bin abdullah. arwah adalah salah seorang staff aku. yer aku bos kecik, so aku ada beberapa orang staff di bawah aku..adalah dalam 20 orang..arwah ni orang kanan aku, dialah tempat aku marah, aku mengadu, aku maki, aku mintak tolong (personal @ hal kerja), driver, supir..semua dialah. so mungkin korang boleh faham kenapa aku tak boleh move on. korang jangan nak mengata aku gunakan dia pulak yer..sebab kami punya chemistry tu lain..hanya arwah dan Allah yang tau.

macam aku cerita tadi, arwah ni dia sentiasa ada untuk aku. tak kira masa..balik rumah tu taklah.
cuma maksud aku, dia akan ada..i miss all about him..cara dia bercakap, cara dia mengadu, cara dia marah..macam orang bercinta kan tapi tak..aku anggap dia sahabat yang baik. aku tak sempat mintak maaf kat arwah sebab aku tak sangka takdir Allah macam ni. aku takde buat salah yang besar cuma aku kan bos kecik, so bos kecik ni garang sikit..kerja aku marah jelah kan..tapi arwah ni tak pernah melawan, kalau dia jawab pun benda tu jadi kelakar..pandai dia bagi aku tak marah. banyak benda yang kami rancang sama-sama tapi tak sempat nak buat dan tak mungkin akan terlaksana.

mata aku tetap bergenang setiap kali teringatkan dia, syahdu dan pilu..itu yang aku rasakan.
 rasa kosong rasa rindu rasa sunyi

i miss u buddy..



yang benar,
   ر‎نو

apabila disember tiba

assalamualaikum semua

so dah masuk hujung tahun, apa lagi next year punya wish lah kan.

azam tahun baru 2020

paling utama ofkos lah nak kurussss..... ahaaa
yang kedua nak dapatkan apa yg takde lagi..nak list banyak sangat so doakan i olss oke.

yang lain tak fikir lagi sebab wish yang kedua tu banyak sangat.

so hope for the best..


yang benar,
   ر‎نو


Tuesday, November 19, 2019

apabila ada rasa


assalamualaikum and hye to all..

first of all, ni bukan entry pertama yang wujud dalam blog ni. this is new chapter of my life so i just want to share my thought (even takde orang baca,its okay..sebab just nak menulis apabila ada rasa.

so let's begin...........................................

just call me nur. i'm a very serious person, and love to do things until the very last minutes, but i will make sure it's perfect.

that's all for today..will see all of u soon.

**mood omputih sikit harini.


yang benar,
   ر‎نو

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...